Pusat Operasi Keselamatan Siber Sektor Awam (SOC Awam) kini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, bagi memantau lebih 900 sistem kritikal kerajaan.
Dalam tempoh enam bulan pertama, pusat ini mengesan dan menyekat lebih 14,000 cubaan serangan, termasuk serangan pancingan data yang menyasarkan penjawat awam.
Laporkan insiden
Agensi kerajaan dan orang ramai boleh melaporkan insiden keselamatan siber melalui saluran Aduan dan Maklum Balas di portal ini.